RUU Antilompat Parti | Ahli Parlimen ditawar sogokan, jawatan

2022-07-27 0

Pembangkang mendakwa isu lompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen tidak hanya melibatkan pembelotan kepada parti, sebaliknya ia membabitkan pemberian rasuah, sogokan serta penipuan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang melompat parti dijanjikan habuan jutaan ringgit dan jawatan dalam kerajaan.